Search

Kacang Pool Spaghetti | Menu Buka Puasa 🕌🤤😋

  • Share this:

Salam Ramadan semua!

Kacang Pool Spaghetti.. Menu sesuai untuk buka puasa 🕌🤤😋

Hari ini Rhys nak kongsi satu resepi dengan korang semua... Spaghetti Kacang Pool. Satu hidangan yang sedap dan sangat mengenyangkan. Makan sikit dah rasa kenyang dah hehe

📋Bahan-bahan:
-1/2 Tin Kimball Foul Medammas
-1/2 Tin Kimball Chickpeas
-200g Kimball Spaghetti
-2 sudu besar Kimball Tomato Puree
-2 sudu besar ghee
-2 bawang, blended
-5 ulas bawang putih, blended
-1 inci halia, blended
-1/2 sudu besar coriander powder
-2 sudu besar curry powder
-1/2 sudu besar black pepper
-200g daging kisah
-2 cawan air
-2 tomato, potong kecil
-garam (secukup rasa)
-gula (secukup rasa)
-1 telur (goreng)
-1 cili hijau (dihiris)

🍲 Cara-cara masak
1) Blend bawang putih, halia dan bawang.
2) Tumis blend tersebut dengan ghee sehingga naik aroma
3) Tambah Kimball tomato puree, curry powder, coriander powder & black pepper
4) Selepas naik aroma, tambah daging dan masak
5) Sebelum daging masak sepenuhnya tambah air dan panaskan. Biar mendidih selama 10 minit
6) Tambah Kimball foul medammas, Kimball chickpeas & tomato. Biar masak selama 8 minit
7) Tambah garam dan gula secukup rasa
8) Hidang kacang pool atas spaghetti (yang dah masak).
9) Hisang bersama telur goreng dan cili hijau yang dihiris

Selamat mencuba! Dengan Kimball Malaysia kompem gaya Malaysia! 🇲🇾

Korang juga boleh ke IG @kimballmy untuk pelbagai resepi bazaar dan buka puasa yang boleh korang try di rumah!

#KompemGayaMalaysia #MeriahkanBulanBermakna #matsallehmasak #KimballMY #KimballMalaysia #Rhyscuba #masak #kacangpool


Tags:

About author
not provided
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan... From UK ?? now in Malaysia ?? #matsallehcarimakan
View all posts